-
Kejadian 38:7-10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Tetapi Er jahat di mata Yehuwa. Maka Yehuwa membunuhnya. 8 Kemudian Yehuda berkata kepada Onan, “Berkahwinlah dengan balu abangmu dan tidurlah dengan dia. Lakukanlah kewajipanmu kerana kamu adik suaminya. Dengan demikian, abangmu boleh mendapat keturunan.”+ 9 Tetapi Onan tahu bahawa keturunan itu tidak akan menjadi keturunannya.+ Oleh itu, apabila dia bersetubuh dengan balu abangnya, dia membiarkan air maninya meleleh ke tanah supaya abangnya tidak mempunyai keturunan.+ 10 Tetapi apa yang dilakukan oleh Onan jahat di mata Yehuwa, maka Dia membunuhnya.+
-