PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 23:40
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 40 Pada hari pertama, kumpulkanlah buah-buahan yang terbaik, daun-daun pokok palma,+ dahan-dahan pokok rimbun, dan dahan-dahan pokok poplar dari lembah,* lalu bersukacitalah+ di hadapan Aku selama tujuh hari.+ Akulah Yehuwa, Tuhan kamu.

  • Ulangan 12:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Kamu harus bersukacita di hadapan Yehuwa, Tuhan kamu,+ bersama anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kamu, serta hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Kamu juga harus bersukacita bersama orang Lewi yang tinggal di kota-kota kamu, kerana mereka tidak diberi harta warisan seperti kamu.+

  • Ulangan 12:18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Sebaliknya, kamu harus memakan semua persembahan itu di tempat yang dipilih oleh Yehuwa, Tuhan kamu.+ Kamu harus memakannya di hadapan Yehuwa, Tuhan kamu, bersama anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kamu, hamba-hamba lelaki dan hamba-hamba perempuan kamu, dan orang Lewi yang tinggal di kota-kota kamu. Kamu harus bersukacita dalam segala hasil usaha kamu di hadapan Yehuwa, Tuhan kamu.

  • Ulangan 14:23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Kemudian kamu mesti memakan persepuluhan daripada bijirin, wain baharu, minyak, dan anak sulung ternakan kamu, di tempat yang dipilih oleh Yehuwa, Tuhan kamu, untuk memuliakan nama-Nya.+ Dengan demikian, kamu akan sentiasa belajar untuk takut dan hormat kepada Yehuwa, Tuhan kamu.+

  • Ulangan 14:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 Kemudian kamu harus menggunakan wang itu untuk membeli apa sahaja yang kamu inginkan—lembu, bebiri, kambing, wain atau apa-apa jenis minuman keras yang lain, dan benda-benda lain yang kamu suka. Selepas itu, kamu dan keluarga kamu harus bersukacita dan memakan semua itu di hadapan Yehuwa, Tuhan kamu.+

  • Mazmur 32:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Hai orang yang tulus hati, bersoraklah dengan gembira;

      Hai orang yang melakukan apa yang benar, bersukacitalah kerana segala perbuatan Yehuwa.

  • Mazmur 100:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  2 Berkhidmatlah kepada Yehuwa dengan gembira.+

      Datanglah ke hadirat-Nya dengan seruan sukacita.

  • Filipi 4:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Hendaklah kamu sentiasa bersukacita kerana kamu hidup bersatu dengan Tuan kita. Sekali lagi aku berkata: Bersukacitalah!+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi