PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 18:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Yehuwa berfirman lagi kepada Harun, “Engkau tidak akan mendapat sebarang tanah sebagai warisan. Tidak ada bahagian tanah di Israel yang akan menjadi milikmu.+ Akulah yang akan menjaga segala keperluanmu.*+

  • Bilangan 18:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Hal ini demikian kerana Aku telah memberi mereka semua persepuluhan yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada Aku, Yehuwa. Ya, Aku telah berfirman, ‘Orang Lewi tidak akan mendapat sebarang tanah di Israel sebagai warisan.’”+

  • Ulangan 10:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Itulah sebabnya orang Lewi tidak mendapat sebarang tanah sebagai warisan. Yehuwalah yang menjadi warisan mereka, seperti yang telah difirmankan oleh Yehuwa kepada mereka.+

  • Ulangan 14:28, 29
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 “Pada akhir setiap tahun ketiga, kamu harus membawa semua persepuluhan daripada segala hasil ladang kamu pada tahun itu dan menyimpannya di kota-kota kamu.+ 29 Semua itu adalah untuk orang Lewi, kerana mereka tidak diberi harta warisan seperti kamu, serta untuk orang asing, anak yatim, dan balu, yang tinggal di kota-kota kamu. Mereka boleh datang dan mengambil segala yang diperlukan oleh mereka.+ Buatlah demikian supaya Yehuwa, Tuhan kamu, memberkati kamu dalam segala usaha kamu.+

  • Yosua 13:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Hanya suku Lewi tidak menerima warisan daripada Musa.+ Korban yang dibakar dengan api untuk Yehuwa, Tuhan orang Israel, merupakan warisan mereka,+ seperti yang dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi