PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 18:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 “Semua persepuluhan yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada Aku, akan Kuberikan kepada orang Lewi.+ Itulah ganjaran mereka bagi segala pekerjaan yang dilakukan oleh mereka berkaitan dengan khidmat di khemah pertemuan.

  • Ulangan 14:27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Jangan abaikan orang Lewi yang tinggal di kota-kota kamu,+ kerana mereka tidak diberi harta warisan seperti kamu.+

  • 2 Tawarikh 31:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Selain itu, Hizkia memerintahkan penduduk Yerusalem untuk memberi para imam dan orang Lewi bahagian yang telah ditetapkan untuk mereka.+ Dengan demikian, mereka boleh mematuhi* Hukum Yehuwa dengan sepenuhnya.

  • Nehemia 10:38, 39
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 38 Seorang imam daripada keturunan Harun harus ada bersama-sama orang Lewi ketika mereka mengumpulkan satu persepuluh hasil itu. Selepas itu, orang Lewi harus mengambil satu persepuluh daripada hasil yang telah dikumpulkan itu dan menyimpannya di dalam bilik-bilik* di stor Rumah Tuhan.+ 39 Orang Israel dan orang Lewi harus membawa sumbangan+ bijirin, wain baharu, dan minyak+ ke bilik-bilik stor.* Perkakas-perkakas Rumah Tuhan juga disimpan di situ. Selain itu, imam-imam yang sedang berkhidmat, para penjaga pintu gerbang, dan para penyanyi juga berada di dalam bilik-bilik itu. Sememangnya kami tidak akan mengabaikan Rumah Tuhan kami.+

  • Maleakhi 3:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 “Mana mungkin manusia merompak Tuhan? Tetapi kamu merompak Aku.”

      Lalu kamu bertanya, “Bagaimanakah kami merompak Engkau?”

      “Dalam hal memberikan persepuluhan dan sumbangan.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi