-
Imamat 27:30Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
30 “‘Setiap 10 peratus+ daripada segala hasil tanaman kamu, baik hasil ladang mahupun buah-buahan, harus menjadi milik Aku, Yehuwa. Semua itu merupakan sesuatu yang suci bagi Aku, Yehuwa.
-
-
Nehemia 10:37Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
37 Selain itu, kami memberikan hasil tuaian pertama daripada bijirin kami,+ hasil daripada setiap jenis pokok,+ wain baharu, dan minyak,+ serta sumbangan yang lain kepada para imam yang bertugas di bilik-bilik stor* Rumah Tuhan.+ Kami juga memberikan satu persepuluh daripada hasil ladang kami kepada orang Lewi+ kerana merekalah yang mengumpulkan hasil itu dari kota-kota pertanian kami.
-
-
Nehemia 12:44Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
44 Pada hari itu juga, beberapa orang ditugaskan untuk menjaga bilik-bilik stor+ yang digunakan untuk menyimpan sumbangan,+ hasil tuaian pertama,+ dan persembahan persepuluhan.+ Mereka harus pergi ke ladang di sekitar kota-kota dan mengumpulkan tuaian yang dikhaskan untuk para imam dan orang Lewi,+ menurut Hukum Tuhan.+ Kemudian mereka akan memasukkan tuaian itu ke dalam bilik-bilik stor itu. Penduduk Yehuda bersukacita kerana imam dan orang Lewi menjalankan khidmat mereka.
-