PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 14:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Terpujilah Tuhan Yang Maha Tinggi,

      Yang telah menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu!”

      Kemudian Abram memberinya satu persepuluh daripada segala harta yang diperoleh kembali.+

  • Kejadian 28:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Batu peringatan yang aku tegakkan ini akan menjadi rumah Tuhan.+ Aku akan memberi Engkau satu persepuluh daripada segala yang Engkau berikan kepadaku.”

  • Bilangan 18:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 “Semua persepuluhan yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada Aku, akan Kuberikan kepada orang Lewi.+ Itulah ganjaran mereka bagi segala pekerjaan yang dilakukan oleh mereka berkaitan dengan khidmat di khemah pertemuan.

  • Bilangan 18:26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 26 “Beritahulah orang Lewi, ‘Semua persepuluhan yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada Aku, akan Kuberikan kepada kamu.+ Maka, apabila kamu menerima persepuluhan itu, kamu harus mempersembahkan sepersepuluh daripadanya sebagai sumbangan kepada Aku, Yehuwa.+

  • Ulangan 14:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 “Setiap tahun, kamu mesti memberikan persepuluhan daripada segala hasil ladang kamu.+

  • 2 Tawarikh 31:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Sebaik sahaja perintah itu dikeluarkan, orang Israel membawa banyak sumbangan. Mereka membawa hasil pertama daripada tuaian bijirin, wain baharu, minyak,+ madu, dan segala hasil tanaman yang lain.+ Mereka membawa persepuluhan daripada apa sahaja milik mereka dengan sukarela.+

  • Nehemia 13:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Semua orang Yehuda membawa satu persepuluh+ daripada bijirin, wain baharu, dan minyak ke bilik-bilik stor.+

  • Maleakhi 3:10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Bawalah semua persepuluhan itu ke dalam Rumah-Ku*+ supaya Rumah-Ku ada makanan.+ Ujilah Aku dalam hal ini, dan Aku pasti akan membuka tingkap-tingkap di syurga+ dan mencurahkan berkat ke atas kamu sehingga kamu tidak kekurangan apa-apa pun,”+ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.

  • Lukas 11:42
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 42 Tetapi malanglah kamu orang Farisi, kerana kamu memberikan satu persepuluh daripada pudina, inggu,* dan semua sayuran yang lain,+ tetapi kamu tidak mempedulikan keadilan dan kasih Tuhan! Memberikan satu persepuluh itu penting, tetapi hal-hal yang lain tidak patut diabaikan.+

  • Ibrani 7:5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Menurut Hukum, keturunan Lewi+ yang dilantik sebagai imam diperintahkan untuk memungut persepuluhan daripada umat Israel,+ iaitu saudara-saudara mereka, walaupun saudara-saudara mereka itu juga keturunan Abraham.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi