PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 23:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 “Bawalah hasil pertama yang terbaik dari ladang kamu ke rumah milik Aku, Yehuwa, Tuhan kamu.+

      “Jangan memasak anak kambing di dalam air susu induknya.+

  • Bilangan 18:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Yehuwa berfirman lagi kepada Harun, “Aku sendiri telah melantik engkau untuk menguruskan sumbangan yang diberikan kepada-Ku.+ Sebahagian daripada semua sumbangan suci itu, yang diberikan oleh orang Israel kepada Aku, akan Kuberikan kepada engkau dan anak-anak lelakimu.+ Itulah bahagian yang harus sentiasa dikhaskan untuk kamu.

  • Bilangan 18:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 “Aku, Yehuwa, memberi kamu segala hasil pertama+ yang terbaik, yang dipersembahkan oleh umat Israel kepada-Ku. Ya, segala minyak, bijirin, dan wain yang terbaik, akan Kuberikan kepada kamu.+

  • 2 Tawarikh 31:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Selain itu, Hizkia memerintahkan penduduk Yerusalem untuk memberi para imam dan orang Lewi bahagian yang telah ditetapkan untuk mereka.+ Dengan demikian, mereka boleh mematuhi* Hukum Yehuwa dengan sepenuhnya.

  • Nehemia 12:44
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 44 Pada hari itu juga, beberapa orang ditugaskan untuk menjaga bilik-bilik stor+ yang digunakan untuk menyimpan sumbangan,+ hasil tuaian pertama,+ dan persembahan persepuluhan.+ Mereka harus pergi ke ladang di sekitar kota-kota dan mengumpulkan tuaian yang dikhaskan untuk para imam dan orang Lewi,+ menurut Hukum Tuhan.+ Kemudian mereka akan memasukkan tuaian itu ke dalam bilik-bilik stor itu. Penduduk Yehuda bersukacita kerana imam dan orang Lewi menjalankan khidmat mereka.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi