-
Yosua 20:4, 5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Seseorang yang membunuh dengan tidak sengaja harus melarikan diri ke salah satu daripada kota-kota itu.+ Kemudian dia harus berdiri di pintu gerbang kota+ dan menjelaskan kepada para pemimpin di situ tentang perkara yang berlaku kepadanya. Mereka harus mengizinkan dia masuk ke dalam kota itu dan memberi dia sebuah tempat kediaman supaya dia dapat tinggal bersama mereka. 5 Jika orang yang berhak menuntut pembalasan* mengejar dia, mereka tidak patut menyerahkan dia kepada orang itu, kerana dia membunuh dengan tidak sengaja, dan bukannya kerana perasaan benci.+
-