-
Bilangan 35:22-24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 “‘Tetapi jika seseorang dengan tidak sengaja dan tanpa niat jahat mencederakan seorang yang lain yang tidak dibencinya, sama ada dengan menolaknya atau melemparkan sesuatu kepadanya,+ 23 atau menjatuhkan batu lalu batu itu menimpa orang itu kerana dia tidak melihat orang itu, lalu orang itu mati, tetapi dia tidak bermaksud untuk membunuh, dan orang yang terbunuh itu pun bukan musuhnya, 24 maka orang yang membunuh dengan tidak sengaja dan orang yang berhak menuntut pembalasan* harus diadili oleh para hakim. Para hakim harus mengadili perkara itu menurut peraturan yang telah ditetapkan.+
-
-
Ulangan 19:4-6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 “Jika seseorang membunuh dengan tidak sengaja, inilah peraturan yang harus dipatuhi agar dia selamat: Katakan dia membunuh orang lain dengan tidak sengaja, dan dia tidak membenci orang itu;+ 5 misalnya, dia pergi ke hutan untuk mengumpulkan kayu bersama kawannya, dan semasa dia mengayunkan kapaknya untuk menebang pokok, mata kapaknya terlepas lalu terkena kawannya dan kawannya mati, dia mesti melarikan diri ke salah satu kota itu supaya dia selamat.+ 6 Tetapi jika jarak kota itu terlalu jauh, orang yang berhak menuntut pembalasan,*+ dan yang sedang marah, mungkin akan mengejar dan menangkapnya, lalu membunuhnya. Namun dia tidak patut dihukum mati kerana dia tidak membenci kawannya itu.+
-