PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 15:14-16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Orang ramai yang mendengar+ pasti akan menggeletar ketakutan.

      Penduduk Filistia akan dicengkam perasaan cemas.

      15 Pada masa itu para pemimpin Edom akan berasa takut.

      Pemerintah Moab yang gagah akan berasa gementar.+

      Penduduk Kanaan akan patah semangat.+

      16 Mereka dilanda rasa takut dan gentar.+

      Mereka kaku seperti batu kerana tangan-Mu yang berkuasa,

      Sehingga umat-Mu telah lalu di kawasan mereka, ya Yehuwa,

      Sehingga umat-Mu yang Engkau bentuk+ lalu di kawasan mereka.+

  • Yosua 2:9-11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Dia berkata, “Aku tahu Yehuwa pasti akan memberi kamu negeri ini.+ Kamu telah menyebabkan kami dicengkam rasa takut,+ dan semua penduduk negeri ini sudah lemah semangat kerana kamu.+ 10 Kami mendengar bahawa Yehuwa telah mengeringkan Laut Merah di hadapan kamu ketika kamu meninggalkan Mesir.+ Kami juga mendengar bahawa kamu telah menghapuskan Sihon+ dan Og,+ iaitu dua orang raja bangsa Amori di sebelah timur Sungai Yordan. 11 Kami sangat takut semasa mendengar hal-hal itu. Tiada seorang pun yang berani menentang kamu, kerana Tuhanmu Yehuwa ialah Tuhan yang berkuasa atas syurga dan bumi.+

  • Yosua 5:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Semua raja orang Amori+ yang berada di sebelah barat Sungai Yordan, dan semua raja orang Kanaan+ yang berada di persisiran laut mendengar bahawa Yehuwa telah mengeringkan Sungai Yordan di hadapan orang Israel sehingga mereka semua menyeberanginya. Sebaik sahaja raja-raja tersebut mendengar hal itu, mereka patah semangat+ dan hilang keberanian disebabkan orang Israel.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi