PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 23:33
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 33 Jangan biarkan mereka tinggal di negeri kamu, supaya mereka tidak membuat kamu berdosa terhadap-Ku. Jika kamu menyembah tuhan-tuhan mereka, hal itu pasti akan menjadi jerat bagi kamu.”+

  • Bilangan 33:55
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 55 “‘Tetapi jika kamu tidak mengusir penduduk tanah itu,+ mereka akan menjadi seperti selumbar di dalam mata kamu dan seperti duri di rusuk kamu. Mereka akan menyusahkan dan mengacau kamu.+

  • Ulangan 20:16, 17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Tetapi semasa kamu menyerang kota-kota yang terletak berhampiran dengan negeri yang akan diberikan oleh Yehuwa kepada kamu sebagai warisan, kamu mesti membunuh semua orang di situ. Kamu tidak boleh membiarkan sesiapa pun hidup.+ 17 Kamu harus memusnahkan orang Het, Amori, Kanaan, Feris, Hewi, dan Yebus,+ sebagaimana yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada kamu.

  • Yosua 23:12, 13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 “Tetapi jika kamu meninggalkan Tuhan dan berpaut pada bangsa-bangsa yang masih tinggal bersama kamu,+ menjalin ikatan perkahwinan dengan mereka,+ dan bergaul dengan mereka, 13 kamu pasti tahu bahawa Tuhanmu Yehuwa tidak akan mengusir bangsa-bangsa itu untuk kamu lagi.+ Mereka akan menjadi seperti jerat dan seperti perangkap untuk kamu. Mereka juga akan menjadi seperti cambuk pada belakang kamu+ dan seperti duri di dalam mata kamu, sehingga kamu lenyap dari tanah yang indah ini yang telah diberikan oleh Yehuwa, Tuhan kamu.

  • Hakim-Hakim 1:28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 28 Apabila orang Israel bertambah kuat, mereka tidak mengusir semua orang Kanaan itu.+ Sebaliknya orang Israel memaksa mereka bekerja sebagai hamba.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi