19 Samuel menjawab, “Akulah pelihat itu. Pergilah mendahuluiku ke tempat tinggi dan hari ini kamu akan makan bersamaku.+ Esok pagi, aku akan menghantar kamu pergi dari sini dan aku akan menjawab segala pertanyaanmu.*
27 Raja berkata lagi kepada Imam Zadok, “Bukankah kamu seorang nabi?*+ Kamu dan Abiatar haruslah kembali ke kota. Bawalah Ahimaas, anakmu, dan Yonatan+ anak Abiatar bersamamu. Pergilah dengan sejahtera.
22 Sebanyak 212 orang dipilih untuk menjadi pengawal pintu-pintu masuk. Mereka tinggal di perkampungan masing-masing menurut salasilah keturunan.+ Daud dan Samuel, seorang nabi,*+ telah melantik nenek moyang mereka untuk menjalankan tugas ini kerana mereka dapat dipercayai.
29 Kisah hidup Raja Daud dari mula sampai akhir telah ditulis dalam catatan Nabi* Samuel, Nabi Natan,+ dan Gad+ yang menyampaikan penglihatan daripada Tuhan.