PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Hakim-Hakim 3:9, 10
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Ketika umat Israel berseru kepada Yehuwa untuk meminta tolong,+ Yehuwa memberi mereka seorang penyelamat yang bernama Otniel+ untuk membebaskan mereka.+ Otniel ialah anak Kenas, iaitu adik lelaki Kaleb. 10 Kuasa suci* Yehuwa dicurahkan ke atas Otniel+ dan dia menjadi hakim umat Israel. Semasa dia berperang, Yehuwa menyerahkan Raja Kusyan-risyataim dari Mesopotamia* ke dalam tangannya agar Otniel dapat mengalahkan raja itu.

  • Hakim-Hakim 6:34
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 34 Kemudian kuasa suci Yehuwa dicurahkan ke atas Gideon+ dan dia membunyikan trompet.+ Orang daripada keturunan Abi-ezer+ pun berkumpul lalu mengikutnya.

  • Hakim-Hakim 11:29
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 29 Kuasa suci Yehuwa dicurahkan ke atas Yefta.+ Kemudian dia menjelajahi negeri Gilead dan Manasye lalu tiba di Mizpe di Gilead.+ Dari sana, dia meneruskan perjalanannya ke negeri orang Ammon.

  • Hakim-Hakim 14:5, 6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Maka Simson pergi ke Timna bersama ibu bapanya. Semasa dia tiba di ladang anggur di Timna, seekor singa datang ke arahnya sambil mengaum. 6 Kuasa suci Yehuwa menyebabkan Simson menjadi kuat+ sehingga dia mencabik singa itu dengan tangan kosong, sebagaimana orang mencabik anak kambing. Tetapi dia tidak memberitahu ibu bapanya tentang apa yang dilakukannya.

  • 1 Samuel 10:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Dari situ mereka* pergi ke bukit dan bertemu dengan sekumpulan nabi. Pada saat itu juga, Saul menerima kuasa suci daripada Tuhan+ dan mula bernubuat bersama mereka.+ 11 Apabila semua orang yang mengenal Saul sejak dahulu melihat dia bernubuat bersama para nabi, mereka bertanya sesama sendiri, “Apakah yang sudah terjadi kepada anak lelaki Kish? Adakah Saul juga seorang nabi?”

  • 1 Samuel 16:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Oleh itu, Samuel mengambil tanduk yang berisi minyak+ lalu mengurapinya di hadapan abang-abangnya. Sejak hari itu, kuasa suci Yehuwa dicurahkan ke atas Daud.+ Kemudian Samuel berangkat ke Rama.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi