PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bilangan 11:16, 17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Maka Yehuwa berfirman kepada Musa, “Pilihlah 70 orang pemimpin yang layak dan yang dihormati daripada kalangan para pemimpin orang Israel.+ Bawalah mereka ke khemah pertemuan dan suruhlah mereka berdiri di sana bersamamu. 17 Aku akan turun+ dan berfirman kepadamu di sana,+ dan Aku akan memberi mereka sebahagian daripada kuasa suci*+ yang sudah Kuberikan kepadamu. Mereka akan membantu engkau memikul tanggungjawab atas umat ini, dan engkau tidak perlu lagi memikulnya seorang diri.+

  • Hakim-Hakim 6:34
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 34 Kemudian kuasa suci Yehuwa dicurahkan ke atas Gideon+ dan dia membunyikan trompet.+ Orang daripada keturunan Abi-ezer+ pun berkumpul lalu mengikutnya.

  • Hakim-Hakim 11:29
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 29 Kuasa suci Yehuwa dicurahkan ke atas Yefta.+ Kemudian dia menjelajahi negeri Gilead dan Manasye lalu tiba di Mizpe di Gilead.+ Dari sana, dia meneruskan perjalanannya ke negeri orang Ammon.

  • Hakim-Hakim 14:5, 6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Maka Simson pergi ke Timna bersama ibu bapanya. Semasa dia tiba di ladang anggur di Timna, seekor singa datang ke arahnya sambil mengaum. 6 Kuasa suci Yehuwa menyebabkan Simson menjadi kuat+ sehingga dia mencabik singa itu dengan tangan kosong, sebagaimana orang mencabik anak kambing. Tetapi dia tidak memberitahu ibu bapanya tentang apa yang dilakukannya.

  • Hakim-Hakim 15:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Apabila dia sampai di Lehi, orang Filistin bersorak-sorak semasa mereka nampak Simson. Pada masa itu, kuasa suci Yehuwa menyebabkan Simson menjadi kuat.+ Tali yang mengikat lengannya menjadi seperti benang linen yang dibakar dengan api, lalu jatuh dari tangannya.+

  • 1 Samuel 11:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Kuasa suci Tuhan dicurahkan ke atas Saul+ apabila dia mendengar berita itu. Dia menjadi sangat marah,

  • 1 Samuel 16:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Oleh itu, Samuel mengambil tanduk yang berisi minyak+ lalu mengurapinya di hadapan abang-abangnya. Sejak hari itu, kuasa suci Yehuwa dicurahkan ke atas Daud.+ Kemudian Samuel berangkat ke Rama.+

  • 2 Tawarikh 15:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Tuhan mencurahkan kuasa suci-Nya* ke atas Azarya anak Oded

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi