-
1 Samuel 19:4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Maka Yonatan mengatakan hal-hal baik tentang Daud+ kepada bapanya Saul. Dia berkata, “Ayahanda tidak patut berdosa terhadap Daud, hamba ayahanda, kerana dia tidak berbuat salah terhadap ayahanda. Malah dia telah berjasa terhadap ayahanda.
-
-
1 Samuel 20:32Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
32 Tetapi Yonatan berkata kepada bapanya Saul, “Mengapa dia mesti mati?+ Apakah yang telah dilakukannya?”
-
-
1 Samuel 24:11Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Lihatlah, ayahanda! Ya, lihatlah tepi jubah tuanku yang hamba pegang ini. Semasa hamba memotong tepi jubah tuanku yang tidak berlengan ini, hamba tidak membunuh tuanku. Maka tuanku dapat lihat dan sedar bahawa hamba tidak berniat untuk memberontak atau mencederakan tuanku, dan hamba tidak berdosa terhadap tuanku.+ Meskipun begitu, tuanku mengejar hamba dan ingin membunuh hamba.+
-