-
1 Samuel 2:31-34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
31 Lihatlah! Masanya akan tiba apabila Aku menyingkirkan kekuatanmu dan kekuatan keluarga nenek moyangmu, sehingga tiada seorang lelaki pun dalam keluargamu yang akan hidup sampai usia tua.+ 32 Sementara orang Israel hidup makmur, engkau akan melihat musuhmu berada di tempat kediaman-Ku,+ dan tidak akan ada lagi orang yang lanjut usia dalam keluargamu. 33 Seorang daripada keturunanmu akan tetap berkhidmat di mazbah-Ku, tetapi dia akan menyebabkan matamu tidak dapat melihat lagi dan dia akan membawa dukacita kepadamu. Selain itu, sebahagian besar daripada keluargamu akan dibunuh dengan pedang.+ 34 Untuk menunjukkan bahawa apa yang Aku katakan ini benar, Aku akan memberikan satu tanda kepadamu: Kedua-dua orang anak lelakimu, Hofni dan Pinehas, akan mati pada hari yang sama.+
-