PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 28:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Orang Filistin berkumpul dan berkhemah di Sunem.+ Saul pula mengumpulkan semua orang Israel lalu mereka berkhemah di Gilboa.+

  • 2 Samuel 1:21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 21 Wahai gunung-ganang Gilboa,+

      Tiada hujan atau embun yang akan membasahimu,

      Padang rumputmu juga tidak akan menghasilkan persembahan suci untuk Tuhan,+

      Kerana di situlah perisai milik para pahlawan diaibkan;

      Perisai milik Saul tidak lagi diurapi dengan minyak.

  • 1 Tawarikh 10:1-5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Orang Filistin berperang dengan orang Israel, dan orang Israel melarikan diri daripada orang Filistin. Banyak orang yang terbunuh di Gunung Gilboa.+ 2 Saul dan anak-anak lelakinya menjadi sasaran utama orang Filistin. Orang Filistin mengejar mereka dan membunuh anak-anak Saul, iaitu Yonatan, Abinadab, dan Malki-sua.+ 3 Pertempuran di sekeliling Saul menjadi sengit. Akhirnya, para pemanah menemui Saul dan dia cedera kerana terkena anak panah mereka.+ 4 Maka Saul berkata kepada askar yang membawa senjatanya, “Hunuskanlah pedangmu dan tikamlah beta. Beta tidak ingin diperlakukan dengan kejam oleh bangsa yang tidak bersunat ini.”+ Tetapi askar itu enggan berbuat demikian kerana dia sangat takut. Oleh itu, Saul mengambil pedang itu dan menikam dirinya.*+ 5 Apabila askar itu nampak bahawa Saul sudah meninggal, dia juga menikam dirinya dengan pedang* lalu meninggal.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi