-
1 Samuel 31:1-5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
31 Orang Filistin berperang dengan orang Israel,+ dan orang Israel melarikan diri daripada orang Filistin. Banyak orang yang terbunuh di Gunung Gilboa.+ 2 Saul dan anak-anak lelakinya menjadi sasaran utama orang Filistin. Orang Filistin mengejar mereka dan membunuh anak-anak Saul, iaitu Yonatan, Abinadab, dan Malki-sua.+ 3 Pertempuran di sekeliling Saul menjadi sengit. Akhirnya, para pemanah menemui Saul, dan dia cedera parah kerana terkena anak panah mereka.+ 4 Maka Saul berkata kepada askar yang membawa senjatanya, “Hunuskanlah pedangmu dan tikamlah beta. Beta tidak ingin ditikam dan diperlakukan dengan kejam oleh bangsa yang tidak bersunat ini.”+ Tetapi askar itu enggan berbuat demikian kerana dia sangat takut. Oleh itu, Saul mengambil pedang itu dan menikam dirinya.*+ 5 Apabila askar itu nampak bahawa Saul sudah meninggal,+ dia juga menikam dirinya dengan pedang* lalu mati bersama Saul.
-
-
2 Samuel 1:25Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Pahlawan yang gagah tumpas di medan tempur!
Yonatan dibunuh dan terlantar di tempatmu yang tinggi!+
-