PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yosua 15:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Sempadan itu menuju ke arah Lembah Hinom+ sampai ke selatan lereng gunung orang Yebus,+ iaitu Yerusalem.+ Dari situ sempadan itu menuju ke puncak gunung yang terletak di sebelah barat Lembah Hinom. Gunung itu terletak di hujung bahagian utara Lembah* Refaim.

  • Yosua 15:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Sempadan di sebelah barat ialah Laut Tengah*+ dan sepanjang persisiran pantainya. Itulah sempadan bagi tanah yang diberikan kepada keluarga-keluarga dalam suku Yehuda.

  • 1 Tawarikh 11:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Pada suatu hari, 3 orang daripada 30 orang ketua pahlawan pergi ke gunung batu untuk berjumpa dengan Daud di sebuah gua di Adulam.+ Pada masa itu, tentera Filistin sedang berkhemah di Lembah* Refaim,+

  • 1 Tawarikh 14:13-17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Selepas beberapa waktu, orang Filistin datang lagi untuk menyerang penduduk di lembah* itu.+ 14 Sekali lagi, Daud meminta petunjuk Tuhan tetapi Tuhan yang benar memberitahunya, “Janganlah serang mereka dari depan. Sebaliknya, seranglah mereka dari belakang, iaitu dekat semak samun.*+ 15 Sebaik sahaja engkau mendengar bunyi derap kaki di atas semak itu, lancarkanlah serangan. Hal ini demikian kerana Aku, Tuhan yang benar, akan mendahuluimu dan mengalahkan tentera Filistin itu.”+ 16 Daud melakukan segala yang telah diperintahkan oleh Tuhan yang benar,+ dan mereka mengalahkan tentera Filistin dari Gibeon sampai ke Gezer.+ 17 Kemasyhuran Daud tersebar ke merata tempat, dan Yehuwa menyebabkan semua bangsa takut kepada Daud.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi