PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yosua 15:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Sempadan itu menuju ke arah Lembah Hinom+ sampai ke selatan lereng gunung orang Yebus,+ iaitu Yerusalem.+ Dari situ sempadan itu menuju ke puncak gunung yang terletak di sebelah barat Lembah Hinom. Gunung itu terletak di hujung bahagian utara Lembah* Refaim.

  • Yosua 15:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 Sempadan di sebelah barat ialah Laut Tengah*+ dan sepanjang persisiran pantainya. Itulah sempadan bagi tanah yang diberikan kepada keluarga-keluarga dalam suku Yehuda.

  • 2 Samuel 23:13-17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Pada musim menuai, 3 orang daripada 30 orang ketua pahlawan pergi berjumpa dengan Daud di sebuah gua di Adulam.+ Pada masa itu, tentera Filistin sedang berkhemah di Lembah* Refaim,+ 14 dan tempat berkawal mereka terletak di Betlehem. Daud pula sedang berlindung di sebuah kubu.+ 15 Dia meluahkan hasratnya dengan berkata, “Alangkah baiknya jika beta dapat minum air dari perigi dekat pintu gerbang Betlehem!” 16 Setelah mendengar hal itu, tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah menyerbu perkhemahan orang Filistin. Mereka menimba air dari perigi dekat pintu gerbang Betlehem lalu membawanya kepada Daud. Tetapi dia enggan meminumnya lalu menuangkan air itu ke tanah demi Yehuwa.+ 17 Dia berkata, “Tidak mungkin beta minum air ini kerana beta takut kepada Yehuwa. Mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka hanya untuk membawa air ini. Jika beta meminumnya, beta seolah-olah minum darah+ orang yang telah mempertaruhkan nyawa mereka.” Itulah sebabnya Daud enggan meminumnya. Demikianlah hal-hal yang dilakukan oleh tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah itu.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi