-
1 Tawarikh 11:15-19Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Pada suatu hari, 3 orang daripada 30 orang ketua pahlawan pergi ke gunung batu untuk berjumpa dengan Daud di sebuah gua di Adulam.+ Pada masa itu, tentera Filistin sedang berkhemah di Lembah* Refaim,+ 16 dan sepasukan tentera mereka ada di Betlehem. Daud pula sedang berlindung di sebuah kubu. 17 Dia meluahkan hasratnya dengan berkata, “Alangkah baiknya jika beta dapat minum air dari perigi dekat pintu gerbang Betlehem!”+ 18 Setelah mendengar hal itu, tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah menyerbu perkhemahan orang Filistin. Mereka menimba air dari perigi dekat pintu gerbang Betlehem lalu membawanya kepada Daud. Tetapi Daud enggan meminumnya lalu menuangkan air itu ke tanah demi Yehuwa. 19 Daud berkata, “Tidak mungkin beta minum air ini kerana beta takut kepada Tuhan beta. Mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka hanya untuk membawa air ini.+ Jika beta meminumnya, beta seolah-olah minum darah orang yang telah mempertaruhkan nyawa mereka.” Itulah sebabnya Daud enggan meminumnya. Demikianlah hal-hal yang dilakukan oleh tiga orang pahlawan Daud yang paling gagah itu.
-