PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 25:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Aku akan menampakkan diri dan berfirman kepadamu dari atas penutup itu.+ Di antara dua kerub di atas tabut perjanjian itu, Aku akan memberimu segala perintah-Ku untuk umat Israel.

  • 1 Samuel 4:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Maka mereka mengutus orang ke Silo untuk membawa tabut perjanjian Yehuwa, ketua angkatan syurga, yang bertakhta di atas* kerub.*+ Kedua-dua orang anak lelaki Eli, iaitu Hofni dan Pinehas,+ juga ada bersama tabut perjanjian Tuhan.

  • 1 Tawarikh 13:6-11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Daud dan semua orang Israel pergi ke Baala,+ iaitu Kiryat-yearim, yang terletak di kawasan Yehuda. Mereka mengambil tabut Tuhan yang benar, dan di situlah orang menyeru nama Yehuwa, Tuhan yang bertakhta di atas* kerub.*+ 7 Mereka mengambil tabut itu dari rumah Abinadab dan meletakkannya di atas sebuah kereta lembu yang baharu.+ Lalu Uzah dan Ahio mengiringi kereta lembu itu.+ 8 Daud dan semua orang Israel berpesta di hadapan Tuhan yang benar dengan penuh semangat. Mereka diiringi lagu, kecapi, alat-alat muzik bertali, tamborin,+ simbal,+ dan trompet.+ 9 Tetapi apabila mereka sampai di tempat mengirik* gandum milik Khidon, lembu-lembu itu hampir menyebabkan tabut itu terjatuh. Maka Uzah menghulurkan tangannya dan memegang tabut itu. 10 Yehuwa menjadi sangat murka terhadap Uzah dan membunuhnya. Uzah mati di hadapan Tuhan+ kerana dia telah menghulurkan tangannya untuk memegang tabut itu.+ 11 Tetapi Daud marah* kerana Yehuwa melepaskan kemurkaan-Nya terhadap Uzah. Itulah sebabnya tempat itu dipanggil Perez-uzah* sehingga hari ini.

  • Mazmur 80:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 80 Ya Gembala Israel, dengarlah,

      Engkau yang memimpin Yusuf seperti sekawanan biri-biri.+

      Engkau yang bertakhta di atas* kerub,+

      Bersinarlah dengan gemilang.*

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi