-
1 Tawarikh 18:5, 6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Apabila orang Siria dari Damsyik datang untuk menolong Raja Hadadezer, Daud membunuh 22,000 orang Siria.+ 6 Kemudian dia menempatkan pasukan tenteranya di Damsyik, Siria. Orang Siria menjadi hamba-hamba Daud dan membayar ufti kepadanya. Yehuwa memberikan kemenangan* kepada Daud ke mana sahaja dia pergi.+
-