-
2 Samuel 8:5-8Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Apabila orang Siria dari Damsyik+ datang untuk menolong Raja Hadadezer, Daud membunuh 22,000 orang Siria.+ 6 Kemudian dia menempatkan pasukan tenteranya di Damsyik, Siria. Orang Siria menjadi hamba-hamba Daud dan membayar ufti kepadanya. Yehuwa memberikan kemenangan* kepada Daud ke mana sahaja dia pergi.+ 7 Daud juga mengambil perisai-perisai emas yang berbentuk bulat daripada anak buah Hadadezer lalu membawa semuanya ke Yerusalem.+ 8 Raja Daud mengambil banyak tembaga dari kota Betah dan Berotai, iaitu kota-kota milik Hadadezer.
-