PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 24:6, 7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Dia berkata kepada anak buahnya, “Dalam pandangan Yehuwa, aku tidak sepatutnya melakukan hal seperti itu terhadap tuanku, orang yang dilantik oleh Yehuwa. Aku tidak boleh mencederakan dia kerana dia dilantik oleh Yehuwa.”+ 7 Demikianlah Daud menghalang* anak buahnya dengan kata-kata itu dan dia tidak membenarkan mereka menyerang Saul. Saul pula meninggalkan gua itu, lalu meneruskan perjalanannya.

  • 1 Samuel 26:9
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 9 Tetapi Daud berkata kepada Abisai, “Jangan cederakannya! Siapakah yang dapat mencederakan orang yang dilantik oleh Yehuwa+ dan dianggap tidak berdosa?”+

  • 1 Samuel 26:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Aku tidak sekali-kali akan mencederakan orang yang dilantik oleh Yehuwa!+ Hal ini salah dalam pandangan Yehuwa. Sekarang, marilah kita ambil tombak di sebelah kepalanya dan juga bekas airnya. Kemudian biarlah kita beredar dari sini.”

  • Mazmur 3:1, 2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Ya Yehuwa, mengapakah musuhku begitu banyak?+

      Mengapakah banyak orang bangkit untuk menentang aku?+

       2 Banyak orang berkata begini tentang aku:

      “Tuhan tidak akan menyelamatkannya!”+ (Selah)*

  • Mazmur 7:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Ya Yehuwa, Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu.+

      Selamatkanlah aku daripada semua orang yang menganiaya aku.+

  • Mazmur 71:10, 11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 10 Musuh-musuhku mencela aku,

      Dan orang yang hendak membunuh aku berkomplot untuk menentang aku.+

      11 Mereka berkata, “Tuhan telah meninggalkan dia.

      Mari kita kejar dan tangkap dia, kerana tiada sesiapa yang akan menyelamatkan dia!”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi