-
Mazmur 18:7-12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
7 Bumi mula bergegar dan bergoncang;+
Asas-asas gunung pun bergetar dan bergoyang,
Kerana Dia telah menjadi murka.+
8 Asap berhembus daripada hidung-Nya,
Dan api yang marak keluar daripada mulut-Nya;+
Bara api yang bernyala-nyala meletus daripada-Nya.
10 Dia terbang dengan mengenderai kerub;*+
Dia melayah turun di atas sayap malaikat.*+
11 Dia menutupi diri-Nya dengan kegelapan;+
Dia menyelubungi diri-Nya dengan awan yang mendung dan tebal,+
Dan Dia membentangkan kegelapan sebagai khemah di sekeliling-Nya.
12 Daripada cahaya terang di hadapan-Nya,
Hujan batu dan bara api turun menembusi awan.
-