PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Samuel 22:8-16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  8 Bumi mula bergegar dan bergoncang.+

      Asas langit bergetar-getar+

      Dan bergoncang kerana Dia telah menjadi murka.+

       9 Dia menghembuskan asap dari hidung-Nya,

      Dan mengeluarkan api yang marak dari mulut-Nya.+

      Bara api yang bernyala-nyala keluar daripada-Nya.

      10 Langit melengkung apabila Dia turun,+

      Dan awan yang gelap terbentang di bawah kaki-Nya.+

      11 Dia terbang dengan mengenderai kerub.+

      Dia kelihatan di atas sayap makhluk roh.*+

      12 Dia menggunakan kegelapan untuk membentuk khemah di sekeliling-Nya,+

      Kegelapan yang terdiri daripada awan yang mendung dan tebal.

      13 Daripada cahaya terang di hadapan-Nya, bara api terbakar dengan berkobar-kobar.

      14 Kemudian Yehuwa membuat guruh mengguntur dari langit,+

      Yang Maha Tinggi membuat suara-Nya kedengaran.+

      15 Dia melepaskan anak panah+ dan mencerai-beraikan musuh-Nya,

      Dia menurunkan petir dan mengacau-bilaukan mereka.+

      16 Dasar laut dapat dilihat+ dan asas bumi pun terdedah,

      Kerana Yehuwa memberikan tegur ajar,

      Kerana hidung-Nya menghembuskan nafas.+

  • Mazmur 77:18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Deruman guruh-Mu+ seperti bunyi roda-roda kereta kuda;

      Pancaran kilat menerangi bumi yang berpenduduk;+

      Bumi bergoncang dan bergegar.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi