-
1 Tawarikh 11:22-25Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
22 Benaya+ ialah anak kepada Yehoyada, seorang lelaki yang berani. Benaya telah banyak kali menunjukkan kegagahannya di Kabzeel.+ Dia membunuh dua orang anak lelaki Ariel dari Moab. Pada suatu hari, ketika salji turun, dia turun ke sebuah lubang dan membunuh seekor singa.+ 23 Dia juga membunuh seorang lelaki Mesir yang berbadan besar, yang tingginya lebih daripada dua meter.*+ Meskipun tombak yang dipegang oleh lelaki itu sebesar kayu pada alat tenun,+ Benaya menyerang lelaki itu dengan sebatang kayu dan merampas tombaknya dari tangannya, lalu membunuhnya dengan tombak itu.+ 24 Itulah hal-hal yang dilakukan oleh Benaya anak Yehoyada, dan kemasyhurannya setanding dengan tiga orang pahlawan yang gagah itu. 25 Walaupun dia lebih handal daripada 30 orang pahlawan yang lain, dia tidak mendapat kedudukan yang sama dengan tiga orang pahlawan yang paling gagah itu.+ Namun Daud melantik dia untuk menjadi ketua pengawal peribadinya.
-
-
Amsal 30:30Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
30 Singa, iaitu binatang yang paling kuat,
Dan tidak berundur daripada sesiapa pun;+
-