PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Hakim-Hakim 14:5, 6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Maka Simson pergi ke Timna bersama ibu bapanya. Semasa dia tiba di ladang anggur di Timna, seekor singa datang ke arahnya sambil mengaum. 6 Kuasa suci Yehuwa menyebabkan Simson menjadi kuat+ sehingga dia mencabik singa itu dengan tangan kosong, sebagaimana orang mencabik anak kambing. Tetapi dia tidak memberitahu ibu bapanya tentang apa yang dilakukannya.

  • 1 Samuel 17:36, 37
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 36 Hamba sudah membunuh singa dan beruang itu. Demikianlah yang akan hamba lakukan terhadap orang Filistin yang tidak bersunat itu, kerana dia telah mencabar* barisan tentera Tuhan yang hidup.”+ 37 Kemudian Daud berkata lagi, “Yehuwa telah menyelamatkan hamba daripada cengkaman singa dan beruang. Dia juga akan menyelamatkan hamba daripada tangan orang Filistin itu.”+ Maka Saul berkata kepada Daud, “Pergilah dan semoga Yehuwa menyertaimu.”

  • 2 Samuel 23:20-23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Benaya+ ialah anak kepada Yehoyada, seorang lelaki yang berani. Benaya telah banyak kali menunjukkan kegagahannya di Kabzeel.+ Dia membunuh dua orang anak lelaki Ariel dari Moab. Pada suatu hari, ketika salji turun, dia turun ke sebuah lubang dan membunuh seekor singa.+ 21 Dia juga membunuh seorang lelaki Mesir yang berbadan besar. Meskipun lelaki itu memegang sebatang tombak, Benaya menyerang lelaki itu dengan sebatang kayu dan merampas tombaknya dari tangannya, lalu membunuhnya dengan tombak itu. 22 Itulah hal-hal yang dilakukan oleh Benaya anak Yehoyada, dan kemasyhurannya setanding dengan tiga orang pahlawan yang gagah itu. 23 Walaupun dia lebih handal daripada 30 orang pahlawan yang lain, dia tidak mendapat kedudukan yang sama dengan tiga orang pahlawan yang paling gagah itu. Namun Daud melantik dia untuk menjadi ketua pengawal peribadinya.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi