PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 13:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Tetapi sekarang, kerajaan tuanku tidak akan berkekalan.+ Yehuwa akan mencari seorang lelaki yang menyenangkan hati-Nya+ dan Yehuwa akan melantiknya sebagai pemimpin umat-Nya.+ Hal ini demikian kerana tuanku tidak mematuhi apa yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada tuanku.”+

  • 1 Samuel 15:27, 28
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 27 Semasa Samuel berpaling untuk pergi, Saul menarik hujung jubah Samuel yang tidak berlengan lalu jubah itu koyak. 28 Oleh itu Samuel berkata, “Pada hari ini, Yehuwa sudah mengoyakkan kerajaan Israel daripada tuanku dan Dia akan memberikannya kepada orang lain yang lebih baik daripada tuanku.+

  • 1 Samuel 16:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Akhirnya Yehuwa berfirman kepada Samuel, “Berapa lamakah engkau mahu bersedih kerana Saul,+ sedangkan Aku sudah menolaknya sebagai raja yang memerintah orang Israel?+ Isilah sebuah tanduk dengan minyak+ dan berangkatlah. Aku akan mengutus engkau kepada Isai,+ penduduk Betlehem itu, kerana Aku telah memilih salah seorang daripada anak lelakinya sebagai raja.”+

  • 1 Samuel 16:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 Oleh itu, Samuel mengambil tanduk yang berisi minyak+ lalu mengurapinya di hadapan abang-abangnya. Sejak hari itu, kuasa suci Yehuwa dicurahkan ke atas Daud.+ Kemudian Samuel berangkat ke Rama.+

  • Mazmur 89:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  3 Engkau berfirman, “Aku telah membuat perjanjian dengan orang yang Aku pilih;+

      Aku telah bersumpah kepada hamba-Ku Daud,+

  • Mazmur 89:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Aku telah menemui hamba-Ku Daud;+

      Aku telah mengurapinya dengan minyak suci-Ku.+

  • Mazmur 132:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 Aku memelihara garis keturunan* hamba-Ku yang terurap.

      Aku akan membuat kekuatan Daud bertambah di Sion.+

  • Kisah 13:22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Setelah Tuhan menyingkirkan Saul, Dia memilih Daud sebagai raja.+ Mengenai Daud, Tuhan memberikan kesaksian dengan berfirman, ‘Aku telah menemui Daud anak Isai.+ Dia ialah seorang lelaki yang menyenangkan hati-Ku.+ Dia akan melakukan segala kehendak-Ku.’

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi