-
1 Tawarikh 21:8-13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Daud pun berkata kepada Tuhan yang benar, “Aku telah melakukan dosa yang besar+ dengan membanci rakyat. Ampunkanlah dosa hamba-Mu ini.+ Aku telah bertindak dengan bodoh sekali.”+ 9 Kemudian Yehuwa berfirman kepada Gad,+ iaitu orang yang menyampaikan penglihatan Tuhan kepada Daud. Tuhan berfirman, 10 “Pergilah menghadap Daud dan katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa: “Aku memberi engkau tiga pilihan. Pilihlah salah satu. Apa saja yang engkau pilih akan Aku lakukan kepadamu.”’” 11 Maka Gad pergi kepada Daud dan berkata kepadanya, “Inilah firman Yehuwa: ‘Buatlah pilihan. 12 Adakah engkau mahu negerimu dilanda kebuluran selama tiga tahun?+ Atau adakah engkau mahu diserang oleh pedang musuh-musuhmu dan dikalahkan oleh mereka selama tiga bulan?+ Atau adakah engkau mahu negerimu diserang oleh pedang Yehuwa selama tiga hari? Selama tiga hari itu, malaikat Yehuwa akan mendatangkan wabak penyakit atas seluruh negeri Israel.’+ Fikirlah terlebih dahulu, dan beritahulah hamba jawapan tuanku. Hamba akan menyampaikannya kepada Tuhan yang telah mengutus hamba.” 13 Daud menjawab, “Beta amat runsing! Beta tidak mahu jatuh ke dalam tangan manusia.+ Jadi lebih baik jika beta jatuh ke dalam tangan Yehuwa kerana Dia sangat berbelas kasihan.”+
-