-
2 Samuel 24:10-14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Namun Daud rasa bersalah*+ kerana dia telah membanci rakyat. Dia pun berkata kepada Yehuwa, “Aku telah melakukan dosa+ yang besar dengan membanci rakyat. Ya Yehuwa, ampunkanlah dosa hamba-Mu ini.+ Aku telah bertindak dengan bodoh sekali.”+ 11 Apabila Daud bangun pada keesokan harinya, dia mendapat perkhabaran daripada Yehuwa melalui Nabi Gad,+ iaitu orang yang menyampaikan penglihatan Tuhan kepada Daud. Tuhan berfirman, 12 “Pergilah menghadap Daud dan katakanlah, ‘Inilah firman Yehuwa: “Aku memberi engkau tiga pilihan. Pilihlah salah satu. Apa saja yang engkau pilih akan Aku lakukan kepadamu.”’”+ 13 Maka Gad pergi kepada Daud dan berkata kepadanya, “Adakah tuanku mahu negeri tuanku dilanda kebuluran selama tujuh tahun?+ Atau adakah tuanku mahu melarikan diri daripada musuh-musuh tuanku selama tiga bulan?+ Atau adakah tuanku mahu negeri tuanku dilanda wabak penyakit selama tiga hari?+ Fikirkanlah hal ini baik-baik. Beritahulah hamba jawapan tuanku, dan hamba akan menyampaikannya kepada Tuhan yang telah mengutus hamba.” 14 Daud menjawab, “Beta amat runsing! Beta tidak mahu jatuh ke dalam tangan manusia.+ Jadi lebih baik jika kita jatuh ke dalam tangan Yehuwa+ kerana Dia berbelas kasihan.”+
-