-
1 Tawarikh 21:18-23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
18 Maka malaikat Yehuwa menyuruh Gad+ untuk memberitahu Daud bahawa dia harus mendirikan sebuah mazbah untuk Yehuwa di tempat mengirik tuaian milik Ornan, orang Yebus itu.+ 19 Daud pun pergi ke situ, selaras dengan apa yang telah diperintahkan oleh Yehuwa melalui Gad. 20 Sementara itu, Ornan sedang mengirik gandum. Dia berpaling dan nampak malaikat itu, maka empat orang anak lelakinya yang ada bersamanya menyembunyikan diri. 21 Apabila Ornan nampak Daud datang, dia segera keluar dari tempat mengirik itu lalu berlutut dan bersujud kepada Daud. 22 Daud berkata kepadanya, “Jualkanlah tempat mengirik ini kepada beta kerana beta ingin mendirikan sebuah mazbah untuk Yehuwa di sini. Beta akan membeli tempat ini dengan harga penuh supaya wabak yang menimpa rakyat dapat dihentikan.”+ 23 Namun Ornan menjawab, “Tuanku, ambillah tempat ini dan persembahkanlah apa sahaja yang baik di mata tuanku. Inilah lembu-lembu untuk dijadikan korban bakar, dan tuanku boleh menggunakan papan mengirik+ sebagai kayu api serta gandum ini sebagai korban bijirin. Hamba memberikan semua ini kepada tuanku.”
-