PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Samuel 24:18-23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Pada hari itu juga Gad pergi kepada Daud dan berkata kepadanya, “Pergilah ke tempat mengirik tuaian milik Arauna, orang Yebus itu, dan dirikanlah sebuah mazbah untuk Yehuwa di situ.”+ 19 Daud pun pergi ke situ, selaras dengan apa yang telah diperintahkan oleh Yehuwa melalui Gad. 20 Apabila Arauna melihat ke bawah, dia nampak raja dan hamba-hambanya menuju ke tempatnya. Maka Arauna segera keluar dan berlutut lalu bersujud kepada raja. 21 Dia bertanya kepada raja, “Mengapakah tuanku datang ke tempat hamba?” Daud menjawab, “Beta hendak membeli tempat mengirik tuaian ini daripadamu, kerana beta ingin mendirikan sebuah mazbah untuk Yehuwa di sini, supaya wabak yang menimpa rakyat dapat dihentikan.”+ 22 Namun Arauna menjawab, “Tuanku, ambillah tempat ini dan persembahkanlah apa sahaja yang baik di mata tuanku. Inilah lembu-lembu jantan untuk dijadikan korban bakar, dan tuanku boleh menggunakan papan mengirik dan peralatan yang dipasang pada lembu sebagai kayu api. 23 Ya tuanku, semua ini hamba berikan kepada tuanku.” Kemudian Arauna berkata lagi, “Semoga Yehuwa, Tuhan tuanku, berkenan kepada tuanku.”

  • 2 Tawarikh 3:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Salomo mula membina Rumah Yehuwa+ di atas Gunung Moria di Yerusalem,+ iaitu di tempat yang telah disediakan oleh bapanya Daud.+ Yehuwa juga pernah menampakkan diri kepada Daud di situ. Itulah tempat mengirik* tuaian milik Ornan,+ seorang lelaki Yebus.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi