PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 7:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Jangan menjalin ikatan perkahwinan dengan mereka. Jangan mengahwinkan anak perempuan kamu dengan anak lelaki mereka, dan jangan mengambil anak perempuan mereka untuk dijadikan isteri anak lelaki kamu.+ 4 Hal ini demikian kerana mereka akan menyebabkan anak-anak lelaki kamu menyembah tuhan-tuhan lain.+ Jika hal ini berlaku, Yehuwa pasti akan murka terhadap kamu dan membinasakan kamu dengan serta-merta.+

  • 1 Raja-Raja 7:8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 8 Tempat tinggal Salomo dibina di halaman lain,+ iaitu sedikit jauh dari Dewan Penghakiman dan didirikan dengan cara yang serupa. Salomo juga membuat sebuah rumah yang mirip dengan dewan ini untuk isterinya, iaitu anak perempuan Firaun.+

  • 1 Raja-Raja 9:24
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 24 Puteri Firaun+ berpindah dari Kota Daud+ ke istana yang telah dibina oleh Salomo untuknya. Kemudian Salomo membina tempat perlindungan.*+

  • 1 Raja-Raja 11:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Raja Salomo mencintai banyak wanita bangsa asing.+ Selain puteri Firaun,+ dia juga mencintai wanita bangsa Moab,+ Ammon,+ Edom, Sidon,+ dan Het.+

  • Nehemia 13:25-27
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Maka aku menegur orang Yahudi itu dan mengutuk mereka. Aku juga memukul beberapa orang dalam kalangan mereka+ dan mencabut rambut mereka lalu aku menyuruh mereka bersumpah demi Tuhan. Aku berkata, “Kamu tidak boleh mengahwinkan anak perempuan kamu dengan anak lelaki mereka. Kamu dan anak lelaki kamu juga tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan mereka.+ 26 Bukankah Salomo, raja Israel, berdosa kerana hal ini juga? Dalam kalangan bangsa-bangsa lain, tidak ada seorang raja pun yang setanding dia.+ Dia dikasihi oleh Tuhannya,+ dan Tuhannya menjadikan dia raja atas seluruh Israel. Walaupun begitu, isteri-isterinya yang berbangsa asing telah menyebabkan dia berdosa.+ 27 Tergamak pula kamu melakukan perbuatan jahat ini dan berkahwin dengan wanita-wanita asing! Kamu tidak setia terhadap Tuhan kita!”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi