PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Tawarikh 4:11-17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Hiram juga membuat baldi, penyodok, dan mangkuk.+

      Maka Hiram menyelesaikan semua kerja di rumah Tuhan yang benar, seperti yang diperintahkan oleh Raja Salomo kepadanya. Inilah senarai hasil kerjanya:+ 12 Dua batang tiang+ dan dua kepala tiang yang bentuknya seperti mangkuk, yang diletakkan di atas tiang-tiang itu; dua rangkaian rantai+ untuk menghiasi kepala-kepala tiang itu; 13 sebanyak 400 hiasan berbentuk buah delima+ untuk kedua-dua rangkaian rantai itu, iaitu dua baris buah delima untuk setiap rangkaian rantai;+ 14 sebanyak 10 buah pedati* dan 10 buah besen di atas pedati-pedati itu;+ 15 Laut Tembaga dan 12 ekor lembu jantan di bawahnya;+ 16 dan baldi, penyodok, garpu+ serta semua perkakas yang dibuat oleh Hiram-abiv+ daripada tembaga yang telah digilap. Semua perkakas ini dibuat untuk Raja Salomo agar dapat digunakan di Rumah Yehuwa. 17 Raja Salomo memerintahkan agar semuanya dituangkan ke dalam acuan-acuan tanah liat yang terletak di antara Sukot+ dan Zereda, di daerah Yordan.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi