PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 7:40-46
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 40 Selain itu, Hiram+ membuat besen yang lain, penyodok,+ dan mangkuk.+

      Demikianlah Hiram menyelesaikan semua kerja di Rumah Yehuwa yang diperintahkan oleh Raja Salomo kepadanya. Inilah senarai hasil kerjanya:+ 41 Dua batang tiang+ dan dua kepala tiang yang bentuknya seperti mangkuk, yang diletakkan di atas tiang-tiang itu; dua rangkaian rantai+ untuk menghiasi kepala-kepala tiang itu; 42 sebanyak 400 hiasan berbentuk buah delima+ untuk kedua-dua rangkaian rantai itu, iaitu dua baris buah delima untuk setiap rangkaian rantai; 43 sebanyak 10 buah pedati+ dan 10 buah besen+ di atas pedati-pedati itu; 44 Laut Tembaga+ dan 12 ekor lembu jantan di bawahnya; 45 dan baldi, penyodok, mangkuk serta semua perkakas yang dibuat oleh Hiram daripada tembaga yang telah digilap. Semua perkakas ini dibuat untuk Raja Salomo agar dapat digunakan di Rumah Yehuwa. 46 Raja Salomo memerintahkan agar semuanya dituangkan ke dalam acuan-acuan tanah liat yang terletak di antara Sukot dan Zaretan, di daerah Yordan.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi