-
2 Tawarikh 10:1-4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
10 Rehabeam telah pergi ke kota Sikhem+ kerana semua orang Israel telah berkumpul di Sikhem untuk menjadikannya raja.+ 2 (Pada masa itu, Yerobeam+ anak Nebat masih berada di Mesir. Dia melarikan diri ke situ disebabkan Raja Salomo.)+ Sebaik sahaja Yerobeam mendengar tentang hal itu, dia bertolak dari Mesir 3 kerana dia disuruh pulang. Yerobeam dan segenap umat Israel menghadap Rehabeam dan berkata, 4 “Ayahanda tuanku telah memberi hamba sekalian beban yang berat.+ Sekarang jika tuanku meringankan beban hamba sekalian dan tidak memperlakukan hamba sekalian dengan kasar, hamba sekalian akan mengabdi kepada tuanku.”
-