-
1 Raja-Raja 12:1-4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Rehabeam telah pergi ke kota Sikhem kerana semua orang Israel telah berkumpul di Sikhem+ untuk menjadikannya raja.+ 2 (Pada masa itu, Yerobeam anak Nebat masih berada di Mesir dan dia sedang tinggal di sana. Dia telah melarikan diri ke Mesir disebabkan Raja Salomo.) Sebaik sahaja Yerobeam mendengar tentang hal itu,+ 3 dia disuruh pulang. Selepas itu, Yerobeam dan segenap umat* Israel menghadap Rehabeam dan berkata, 4 “Ayahanda tuanku telah memberi hamba sekalian beban yang berat.+ Sekarang jika tuanku meringankan beban hamba sekalian dan tidak memperlakukan hamba sekalian dengan kasar, hamba sekalian akan mengabdi kepada tuanku.”
-