-
2 Samuel 15:23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
23 Semua penduduk di Yerusalem dan kawasan sekitarnya menangis dengan kuat semasa para pengikut raja menyeberangi Lembah Kidron.+ Pada waktu itu, raja sedang berdiri dekat lembah itu. Mereka menyeberangi lembah itu untuk pergi ke padang belantara.
-
-
2 Tawarikh 15:16-18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Raja Asa bahkan menyingkirkan neneknya Maakha+ daripada kedudukannya sebagai bonda ratu. Hal ini demikian kerana Maakha telah membuat patung berhala yang lucah untuk digunakan dalam penyembahan tiang suci.*+ Asa merobohkan patung berhala itu, menghancurkannya lalu membakarnya di Lembah Kidron.+ 17 Walaupun tempat-tempat ibadat* di Israel tidak dimusnahkan,+ Asa tetap menyembah Tuhan dengan sepenuh hati sepanjang hayatnya.+ 18 Dia meletakkan semua perak, emas, dan pelbagai perkakas yang telah disucikan olehnya dan bapanya ke dalam rumah Tuhan yang benar.+
-