PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 14:22, 23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 22 Penduduk Yehuda melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa.+ Berbanding dengan segala perbuatan nenek moyang mereka, dosa mereka membuat Yehuwa lebih murka.+ 23 Mereka terus membina tempat-tempat ibadat, tugu-tugu suci,* dan tiang-tiang suci+ di atas setiap bukit yang tinggi+ dan di bawah setiap pokok yang subur.+

  • 1 Raja-Raja 22:43
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 43 Yehosafat tidak menyimpang dan terus mengikut segala jejak bapanya Asa.+ Dia melakukan apa yang benar di mata Yehuwa.+ Tetapi dia tidak memusnahkan tempat-tempat ibadat, dan rakyat masih mempersembahkan korban di situ dan membakar korban itu sehingga asap naik.+

  • 2 Raja-Raja 14:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Amazia mengikut haluan bapanya, Yehoas.+ Dia terus melakukan apa yang benar di mata Yehuwa, tetapi dia tidak seperti nenek moyangnya Daud.+ 4 Dia tidak memusnahkan tempat-tempat ibadat,+ dan rakyat masih mempersembahkan korban dan membakarnya di tempat-tempat itu sehingga asap naik.+

  • 2 Raja-Raja 23:19, 20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Yosia juga merobohkan semua rumah ibadat di tempat tinggi yang ada di kota-kota Samaria.+ Tempat-tempat itu telah dibina oleh raja-raja Israel untuk membangkitkan kemurkaan Tuhan. Dia memusnahkan tempat-tempat itu seperti yang telah dilakukannya di Bethel.+ 20 Semua imam yang bertugas di tempat pemujaan dibunuh oleh Yosia di atas mazbah-mazbah yang ada di situ. Dia juga membakar tulang-tulang manusia di atas mazbah-mazbah itu.+ Kemudian dia pulang ke Yerusalem.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi