PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 14
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 1 Raja-Raja

      • Nubuat Ahia tentang Yerobeam (1-20)

      • Rehabeam memerintah Yehuda (21-31)

        • Serangan Sisak (25, 26)

1 Raja-Raja 14:2

Rujukan Silang

  • +1Ra 11:30, 31

1 Raja-Raja 14:4

Rujukan Silang

  • +Yos 18:1; 1Sa 4:3

1 Raja-Raja 14:7

Rujukan Silang

  • +1Ra 11:30, 31; 12:20

1 Raja-Raja 14:8

Rujukan Silang

  • +1Ra 12:16
  • +1Ra 15:5; Kis 13:22

1 Raja-Raja 14:9

Rujukan Silang

  • +Ul 27:15; 2Ta 11:15
  • +Ne 9:26; Mz 50:17

1 Raja-Raja 14:10

Rujukan Silang

  • +1Ra 15:25-29

1 Raja-Raja 14:14

Rujukan Silang

  • +1Ra 15:25-29

1 Raja-Raja 14:15

Nota kaki

  • *

    Iaitu, Sungai Efrat.

  • *

    Lihat Kamus.

Rujukan Silang

  • +Ul 8:7-9; 29:28; Yos 23:15; 2Ra 17:6
  • +Ul 28:64; 2Ra 15:29; 18:11
  • +Ul 12:3

1 Raja-Raja 14:16

Rujukan Silang

  • +1Ra 12:28-30; 13:33, 34

1 Raja-Raja 14:19

Rujukan Silang

  • +2Ta 12:15; 13:3

1 Raja-Raja 14:20

Rujukan Silang

  • +2Ta 13:20
  • +1Ra 15:25

1 Raja-Raja 14:21

Rujukan Silang

  • +Mz 78:68; 132:13
  • +Kel 20:24; Ul 12:5, 6; 1Ra 8:16, 17
  • +1Ra 11:1; 2Ta 12:13

1 Raja-Raja 14:22

Rujukan Silang

  • +1Ra 11:7; 2Ta 12:1
  • +Yes 65:2

1 Raja-Raja 14:23

Nota kaki

  • *

    Lihat Kamus.

Rujukan Silang

  • +Im 26:1
  • +Yes 65:7
  • +Ul 12:2, 3; Yes 57:5; Yer 2:20; Ho 4:13

1 Raja-Raja 14:24

Rujukan Silang

  • +Ul 23:17, 18; 1Ra 15:11, 12; 22:46; 2Ra 23:7; Ho 4:14

1 Raja-Raja 14:25

Rujukan Silang

  • +1Ra 11:40
  • +2Ta 12:2-4

1 Raja-Raja 14:26

Rujukan Silang

  • +1Ra 7:51; 15:18; 2Ra 18:14, 15; 24:12, 13
  • +1Ra 10:16, 17; 2Ta 12:9-11

1 Raja-Raja 14:29

Rujukan Silang

  • +1Ta 27:24; 2Ta 12:15

1 Raja-Raja 14:30

Rujukan Silang

  • +1Ra 15:6

1 Raja-Raja 14:31

Rujukan Silang

  • +1Ra 11:43
  • +1Ra 11:1; 2Ta 12:13
  • +1Ta 3:10; Mt 1:7

Lain

1 Raj. 14:21Ra 11:30, 31
1 Raj. 14:4Yos 18:1; 1Sa 4:3
1 Raj. 14:71Ra 11:30, 31; 12:20
1 Raj. 14:81Ra 12:16
1 Raj. 14:81Ra 15:5; Kis 13:22
1 Raj. 14:9Ul 27:15; 2Ta 11:15
1 Raj. 14:9Ne 9:26; Mz 50:17
1 Raj. 14:101Ra 15:25-29
1 Raj. 14:141Ra 15:25-29
1 Raj. 14:15Ul 8:7-9; 29:28; Yos 23:15; 2Ra 17:6
1 Raj. 14:15Ul 28:64; 2Ra 15:29; 18:11
1 Raj. 14:15Ul 12:3
1 Raj. 14:161Ra 12:28-30; 13:33, 34
1 Raj. 14:192Ta 12:15; 13:3
1 Raj. 14:202Ta 13:20
1 Raj. 14:201Ra 15:25
1 Raj. 14:21Mz 78:68; 132:13
1 Raj. 14:21Kel 20:24; Ul 12:5, 6; 1Ra 8:16, 17
1 Raj. 14:211Ra 11:1; 2Ta 12:13
1 Raj. 14:221Ra 11:7; 2Ta 12:1
1 Raj. 14:22Yes 65:2
1 Raj. 14:23Im 26:1
1 Raj. 14:23Yes 65:7
1 Raj. 14:23Ul 12:2, 3; Yes 57:5; Yer 2:20; Ho 4:13
1 Raj. 14:24Ul 23:17, 18; 1Ra 15:11, 12; 22:46; 2Ra 23:7; Ho 4:14
1 Raj. 14:251Ra 11:40
1 Raj. 14:252Ta 12:2-4
1 Raj. 14:261Ra 7:51; 15:18; 2Ra 18:14, 15; 24:12, 13
1 Raj. 14:261Ra 10:16, 17; 2Ta 12:9-11
1 Raj. 14:291Ta 27:24; 2Ta 12:15
1 Raj. 14:301Ra 15:6
1 Raj. 14:311Ra 11:43
1 Raj. 14:311Ra 11:1; 2Ta 12:13
1 Raj. 14:311Ta 3:10; Mt 1:7
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Raja-Raja 14:1-31

Satu Raja-Raja

14 Pada waktu itu, Abia anak Yerobeam jatuh sakit. 2 Maka Yerobeam berkata kepada isterinya, “Pergilah ke Silo, dan menyamarlah supaya tiada sesiapa pun mengenal kamu. Pergilah ke tempat tinggal Nabi Ahia. Dialah nabi yang mengatakan bahawa beta akan menjadi raja.+ 3 Bawalah 10 buku roti, kuih-kuih, dan sebotol madu. Pergilah kepada nabi itu dan dia akan memberitahu kamu apa yang akan terjadi kepada anak lelaki kita.”

4 Isteri Yerobeam melakukan apa yang disuruh oleh suaminya. Dia pergi ke Silo+ dan sampai di rumah Ahia. Ahia sudah tua dan tidak dapat melihat lagi kerana matanya sudah rosak.

5 Tetapi Yehuwa telah berfirman kepada Ahia, “Isteri Yerobeam akan datang kepadamu dan bertanya tentang apa yang akan terjadi kepada anak lelakinya yang sakit. Aku akan memberitahu engkau apa yang harus engkau katakan kepadanya. Dia akan menyamar semasa dia datang.”

6 Semasa Ahia mendengar bunyi langkah kaki wanita itu di pintu, dia berkata, “Hai isteri Yerobeam, masuklah. Mengapakah tuanku menyamar sebagai orang lain? Tuhan telah menyuruh hamba untuk menyampaikan berita buruk kepada tuanku. 7 Pergilah, dan beritahulah Yerobeam, ‘Inilah firman Yehuwa, Tuhan orang Israel: “Aku telah memilih engkau daripada kalangan rakyat untuk menjadi pemimpin umat-Ku Israel.+ 8 Aku telah mengambil kerajaan daripada keluarga Daud dan memberikannya kepada engkau.+ Tetapi engkau tidak melakukan apa yang telah dilakukan oleh hamba-Ku Daud. Daud telah mematuhi perintah-Ku, menyembah-Ku dengan sepenuh hati, dan melakukan apa yang benar di mata-Ku.+ 9 Sebaliknya perbuatanmu lebih teruk daripada semua orang yang ada sebelummu. Engkau membuat tuhan lain untuk dirimu dan patung-patung daripada logam.+ Ya, engkau telah membuat Aku murka. Engkau telah berpaling daripada-Ku.+ 10 Itulah sebabnya Aku akan membawa malapetaka atas keturunan Yerobeam. Aku akan melenyapkan semua lelaki Israel yang berasal daripada keturunan Yerobeam, termasuk yang lemah dan yang tidak berdaya. Aku akan memusnahkan semua keturunan Yerobeam+ sepertimana orang menyingkirkan najis sampai habis! 11 Semua ahli keluarga Yerobeam yang mati di kota akan dimakan oleh anjing. Sesiapa yang mati di luar kota akan dimakan oleh burung di langit. Hal ini demikian kerana Aku, Yehuwa, telah berfirman.”’

12 “Sekarang, berdirilah dan pulanglah ke rumahmu. Sebaik sahaja tuanku melangkah masuk ke dalam kota, putera tuanku akan mati. 13 Segenap umat Israel akan mengebumikan anak itu dan meratapinya. Dialah satu-satunya anggota keluarga Yerobeam yang akan dikebumikan. Hal ini demikian kerana Yehuwa, Tuhan orang Israel, telah menemukan sesuatu yang baik dalam diri anak itu. 14 Yehuwa akan melantik seorang raja atas Israel yang akan memusnahkan keluarga Yerobeam.+ Jika Dia mahu, Dia dapat berbuat demikian sekarang juga. 15 Yehuwa akan menghapuskan orang Israel, dan mereka akan menjadi seperti rumput yang terumbang-ambing di dalam air. Dia akan mencabut umat Israel daripada tanah yang baik ini, yang telah diberikan-Nya kepada nenek moyang mereka.+ Dia akan mencerai-beraikan mereka sampai ke seberang sungai*+ kerana mereka telah membuat Yehuwa murka dengan mendirikan tiang-tiang suci.*+ 16 Tuhan akan meninggalkan orang Israel kerana Yerobeam telah berdosa dan dia juga menyebabkan orang Israel berdosa.”+

17 Selepas itu, isteri Yerobeam berdiri dan pergi ke Tirza. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumah, anaknya mati. 18 Maka anak itu dikebumikan, dan segenap umat Israel meratapinya, seperti yang difirmankan oleh Yehuwa melalui hamba-Nya, Nabi Ahia.

19 Berkenaan kisah hidup Yerobeam yang lain, iaitu tentang bagaimana dia berperang,+ dan bagaimana dia memerintah, semuanya tertulis dalam buku sejarah tentang zaman raja-raja Israel. 20 Yerobeam memerintah selama 22 tahun. Selepas itu, dia meninggal+ dan anak lelakinya yang bernama Nadab menggantikannya sebagai raja.+

21 Sementara itu, Rehabeam anak Salomo menjadi raja Yehuda. Rehabeam berusia 41 tahun semasa dia menjadi raja, dan dia memerintah selama 17 tahun di Yerusalem. Kota itu telah dipilih+ oleh Yehuwa dari seluruh kawasan suku Israel, supaya nama-Nya ada di sana.+ (Ibu Rehabeam ialah Naama, seorang wanita Ammon.)+ 22 Penduduk Yehuda melakukan apa yang jahat di mata Yehuwa.+ Berbanding dengan segala perbuatan nenek moyang mereka, dosa mereka membuat Yehuwa lebih murka.+ 23 Mereka terus membina tempat-tempat ibadat, tugu-tugu suci,* dan tiang-tiang suci+ di atas setiap bukit yang tinggi+ dan di bawah setiap pokok yang subur.+ 24 Mereka bahkan mempunyai pelacur-pelacur lelaki di kuil yang terdapat di negeri mereka.+ Mereka melakukan semua perbuatan menjijikkan yang dilakukan oleh bangsa-bangsa yang telah diusir oleh Yehuwa di hadapan orang Israel.

25 Pada tahun kelima pemerintahan Raja Rehabeam, Raja Sisak+ dari Mesir menyerang Yerusalem.+ 26 Dia mengambil harta dari Rumah Yehuwa dan istana raja.+ Dia mengambil semuanya, termasuk perisai-perisai emas yang dibuat oleh Salomo.+ 27 Oleh itu, Raja Rehabeam membuat perisai-perisai tembaga untuk menggantikan perisai-perisai emas itu. Dia mempercayakan semua perisai itu kepada ketua pengawal yang menjaga pintu masuk istana raja. 28 Setiap kali raja masuk ke dalam Rumah Yehuwa, para pengawal akan mengangkat perisai-perisai itu, dan kemudian mereka akan mengembalikan semuanya ke dalam bilik pengawal.

29 Berkenaan kisah hidup Rehabeam yang lain, iaitu kisah tentang apa yang dilakukannya, semuanya tertulis dalam buku sejarah tentang zaman raja-raja Yehuda.+ 30 Rehabeam dan Yerobeam selalu berperang.+ 31 Rehabeam meninggal lalu dikebumikan bersama nenek moyangnya di Kota Daud.+ Ibunya ialah seorang wanita Ammon+ yang bernama Naama. Kemudian anak lelaki Rehabeam yang bernama Abiam+ menggantikannya sebagai raja.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi