-
Matius 10:41, 42Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
41 Sesiapa yang menyambut seorang nabi kerana dia seorang nabi, akan menerima ganjaran seorang nabi.+ Sesiapa yang menyambut seorang yang baik kerana orang itu baik, akan menerima ganjaran seorang yang baik. 42 Sesiapa yang memberikan secawan air sejuk kepada salah seorang daripada muridku* kerana dia ialah muridku, sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Dia tidak akan kehilangan ganjarannya.”+
-
-
Lukas 4:25, 26Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
25 Contohnya: Pada zaman Elia, hujan tidak turun selama tiga tahun enam bulan, dan kebuluran yang dahsyat berlaku di seluruh negeri itu. Walaupun ada banyak balu di Israel,+ 26 Elia tidak diutus untuk pergi kepada mana-mana wanita di situ. Sebaliknya dia disuruh pergi kepada seorang balu yang tinggal di Sarafat, yang terletak di tanah Sidon.+
-