-
1 Raja-Raja 17:9, 10Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 “Pergilah ke Sarafat, kota orang Sidon, dan tinggallah di sana. Aku akan menyuruh seorang balu di sana untuk memberikan makanan kepadamu.”+ 10 Maka dia pun pergi ke Sarafat. Apabila dia tiba di pintu masuk kota itu, ada seorang balu yang sedang mengumpulkan kayu. Dia memanggil balu itu dan berkata, “Bawakanlah aku sedikit air di dalam sebuah cawan supaya aku dapat minum.”+
-
-
1 Raja-Raja 17:20-23Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
20 Dia berseru kepada Yehuwa, “Ya Yehuwa, Tuhanku,+ aku sedang menumpang di rumah balu ini. Tetapi mengapakah Engkau menambah kesusahannya dan membiarkan anaknya mati?” 21 Kemudian dia memeluk anak itu sebanyak tiga kali lalu berseru kepada Yehuwa, “Ya Yehuwa, Tuhanku, pulangkanlah nyawa anak ini ke dalam tubuhnya!” 22 Yehuwa mendengarkan permintaan Elia+ lalu nyawa anak itu kembali ke dalam tubuhnya, dan anak itu hidup semula.+ 23 Elia membawa anak itu turun dari biliknya yang terletak di bumbung rumah dan menyerahkannya kepada ibunya. Elia berkata, “Lihatlah, anak lelakimu sudah hidup.”+
-
-
2 Raja-Raja 4:13-17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Elisa berkata kepada Gehazi, “Beritahulah wanita itu, ‘Kamu bersusah payah kerana kami.+ Apakah yang dapat aku lakukan untuk kamu?+ Perlukah aku bercakap dengan raja atau ketua tentera bagi pihak kamu?’”+ Wanita itu menjawab, “Tidak perlu kerana aku hidup aman dalam kalangan bangsaku sendiri.” 14 Maka Elisa bertanya, “Jika demikian, apakah yang dapat aku lakukan untuknya?” Gehazi menjawab, “Dia tidak mempunyai anak lelaki+ dan suaminya sudah tua.” 15 Elisa segera berkata, “Panggillah wanita itu.” Maka Gehazi memanggilnya dan wanita itu datang lalu berdiri di pintu. 16 Elisa berkata, “Pada masa yang sama tahun depan, kamu akan melahirkan seorang anak lelaki.”+ Wanita itu menjawab, “Tuan, janganlah tipu aku. Tuan ialah utusan daripada Tuhan yang benar!”
17 Sebagaimana yang dikatakan oleh Elisa, wanita itu mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki pada masa yang sama tahun berikutnya.
-