PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ulangan 13:1-5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 “Jika seorang nabi atau pentafsir mimpi muncul dalam kalangan kamu dan memberi kamu suatu ramalan atau tanda, 2 dan jika ramalan atau tanda itu benar-benar berlaku lalu dia berkata, ‘Marilah kita pergi dan menyembah tuhan-tuhan lain yang belum kita kenal,’ 3 jangan mendengarkan kata-kata nabi atau pentafsir mimpi itu.+ Hal ini demikian kerana Yehuwa sedang menguji kamu+ untuk mengetahui sama ada kamu mengasihi Yehuwa, Tuhan kamu, dengan segenap hati dan segenap jiwa atau tidak.+ 4 Kamu harus menyembah dan terus mengikut Yehuwa, Tuhan kamu. Kamu harus mendengarkan firman-Nya dan mematuhi semua perintah-Nya. Kamu harus takut akan Dia dan berpaut pada-Nya.+ 5 Tetapi nabi atau pentafsir mimpi itu harus dihukum mati+ kerana dia mempengaruhi kamu untuk memberontak terhadap Yehuwa, Tuhan kamu, yang telah menebus kamu dan membawa kamu keluar dari Mesir, tempat kamu diperhamba. Dia harus dihukum mati kerana dia mencuba menyimpangkan kamu daripada haluan yang ditetapkan oleh Yehuwa. Ya, kamu harus menyingkirkan kejahatan daripada kalangan kamu.+

  • Ulangan 18:20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 “‘Jika seorang nabi berani menyampaikan perkhabaran demi nama-Ku, padahal Aku tidak menyuruhnya berbuat begitu, atau jika dia menyampaikan perkhabaran demi nama tuhan-tuhan lain, maka nabi itu mesti dihukum mati.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi