-
2 Raja-Raja 9:1-3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Nabi Elisa memanggil seorang daripada sekumpulan nabi* lalu berkata kepadanya, “Ikatlah jubahmu pada pinggangmu.* Selepas itu, ambillah botol yang berisi minyak ini lalu pergilah ke Ramot-gilead+ dengan segera. 2 Apabila kamu sampai di sana, carilah Yehu+ anak Yehosafat, cucu Nimsi. Yehu ada bersama saudara-saudaranya. Suruhlah dia meninggalkan mereka lalu bawalah dia ke bilik yang paling belakang. 3 Kemudian, ambillah botol itu lalu tuangkanlah minyak ke atas kepalanya. Katakan kepadanya, ‘Inilah firman Yehuwa: “Aku melantik engkau sebagai raja Israel.”’+ Selepas itu, bukalah pintu dan larilah dari sana tanpa berlengah-lengah.”
-
-
2 Raja-Raja 9:30-33Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
30 Ketika Izebel+ mendengar bahawa Yehu telah datang ke Yizreel,+ dia memakai celak mata* dan menghias rambutnya. Selepas itu, dia memandang ke luar jendelanya. 31 Semasa Yehu memasuki pintu gerbang, Izebel berkata kepadanya, “Mahukah kamu menjadi seperti Zimri yang telah membunuh tuannya?”+ 32 Yehu melihat ke atas, iaitu ke arah jendela, lalu berkata, “Siapakah yang berpihak kepada beta? Siapa?”+ Dua atau tiga orang pegawai istana melihat ke bawah dengan serta-merta. 33 Yehu berkata, “Tolaklah dia ke bawah!” Maka mereka menolak Izebel ke bawah sehingga darahnya terpercik pada tembok dan pada kuda-kuda Yehu, lalu dia diinjak-injak oleh kuda-kuda itu.
-