36 Jadi, kedua-dua orang anak perempuan Lot mengandung kerana ayah mereka sendiri. 37 Anak perempuan yang sulung melahirkan seorang anak lelaki dan menamakannya Moab.+ Dialah yang menjadi nenek moyang bangsa Moab yang ada sekarang.+
2 Selepas itu, Daud mengalahkan orang Moab.+ Dia menyuruh mereka berbaring di atas tanah lalu mengukur barisan mereka dengan tali. Dua pertiga daripada mereka dibunuh, dan satu pertiga dibiarkan hidup.+ Kemudian orang Moab menjadi hamba-hamba Daud dan membayar ufti kepadanya.+