PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 2 Raja-Raja 2:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Dia memegang jubah Elia yang terjatuh itu dan memukul air sungai dengannya sambil berkata, “Di manakah Yehuwa, Tuhan Elia?” Semasa dia memukul air sungai itu, air terbelah dua dan dia berjalan ke seberang.+

  • 2 Raja-Raja 2:20, 21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 20 Maka Elisa berkata, “Bawakanlah sebuah mangkuk kecil yang baharu kepadaku dan letakkanlah garam di dalamnya.” Mereka pun berbuat demikian. 21 Elisa pergi ke sumber air lalu melemparkan garam ke dalamnya+ dan berkata, “Inilah firman Yehuwa: ‘Aku telah membersihkan air ini. Air ini tidak akan menyebabkan kematian atau ketandusan* lagi.’”

  • 2 Raja-Raja 3:17
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 17 kerana Yehuwa telah berfirman bahawa lembah ini akan dipenuhi air meskipun tidak ada hujan atau angin.+ Kamu, ternakan kamu, dan binatang-binatang yang lain akan mendapat air untuk diminum.’

  • 2 Raja-Raja 4:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Selepas itu, kamu dan anak-anak lelakimu harus masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Isikan semua bekas kosong itu dengan minyak dan asingkan bekas-bekas yang sudah penuh.”

  • 2 Raja-Raja 4:7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Maka balu itu kembali kepada Nabi Elisa dan memberitahunya apa yang telah berlaku. Elisa berkata, “Pergilah dan juallah minyak itu supaya kamu dapat membayar hutangmu. Gunakanlah wang yang selebihnya untuk menyara hidupmu dan anak-anak lelakimu.”

  • 2 Raja-Raja 6:5-7
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 5 Semasa salah seorang daripada mereka sedang menebang pokok, kepala kapaknya terjatuh ke dalam air. Lalu dia berteriak, “Alamak! Tuan, kapak itu aku pinjam daripada orang lain!” 6 Maka Nabi Elisa berkata, “Di manakah kepala kapak itu terjatuh?” Lelaki itu menunjukkan tempatnya kepada Elisa. Kemudian Elisa memotong sebatang kayu lalu melemparkannya ke tempat itu. Maka, terapunglah kepala kapak itu di permukaan air. 7 Elisa berkata, “Ambillah kepala kapak itu.” Maka lelaki itu menghulurkan tangannya lalu mengambilnya.

  • 2 Raja-Raja 7:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 7 Elisa berkata, “Dengarkanlah firman Yehuwa. Inilah apa yang difirmankan oleh Yehuwa: ‘Esok, sekitar waktu ini, di pasar* kota Samaria, satu bekas* tepung yang bermutu tinggi akan bernilai satu keping wang perak,* dan dua bekas* barli akan bernilai satu keping wang perak.’”+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi