PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 15:23-25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Mereka tiba di Mara,*+ tetapi mereka tidak dapat meminum air yang ada di sana kerana airnya pahit. Itulah sebabnya Musa menamakan tempat itu Mara. 24 Maka mereka mula bersungut-sungut terhadap Musa+ dan berkata, “Apakah yang akan kami minum?” 25 Musa berseru kepada Yehuwa,+ lalu Yehuwa menunjukkan sebatang pokok kecil kepadanya. Apabila Musa mencampakkan pokok kecil itu ke dalam air, air itu menjadi manis.

      Di sana Tuhan menetapkan hukum yang akan menjadi asas untuk menghakimi orang Israel. Dia berbuat demikian untuk menguji mereka.+

  • 2 Raja-Raja 4:38-41
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 38 Semasa Elisa kembali ke Gilgal, ada kebuluran berlaku di situ.+ Sekumpulan nabi+ sedang duduk di hadapannya dan Elisa berkata kepada pembantunya,+ “Letakkanlah periuk besar di atas api, dan masaklah sup untuk nabi-nabi ini.” 39 Maka salah seorang nabi pergi ke ladang untuk mencari sayur, dan dia menjumpai labu pada sejenis tanaman liar. Tanpa mengetahui apa sebenarnya tanaman itu, dia mula memetik labu itu dan memasukkannya ke dalam jubahnya. Apabila jubahnya sudah penuh, dia kembali dan memotong labu-labu itu lalu memasukkannya ke dalam periuk. 40 Kemudian sup itu dihidangkan. Tetapi sebaik sahaja mereka memakannya, mereka berkata, “Hai nabi Tuhan, sup ini beracun!” Maka mereka tidak memakannya lagi. 41 Oleh itu, Elisa berkata, “Bawakanlah sedikit tepung kepadaku.” Dia mengambil tepung itu dan memasukkannya ke dalam periuk. Setelah itu, dia berkata, “Hidangkan lagi sup ini kepada semua orang.” Ternyata sup itu tidak lagi beracun.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi