PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 15:23-25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Mereka tiba di Mara,*+ tetapi mereka tidak dapat meminum air yang ada di sana kerana airnya pahit. Itulah sebabnya Musa menamakan tempat itu Mara. 24 Maka mereka mula bersungut-sungut terhadap Musa+ dan berkata, “Apakah yang akan kami minum?” 25 Musa berseru kepada Yehuwa,+ lalu Yehuwa menunjukkan sebatang pokok kecil kepadanya. Apabila Musa mencampakkan pokok kecil itu ke dalam air, air itu menjadi manis.

      Di sana Tuhan menetapkan hukum yang akan menjadi asas untuk menghakimi orang Israel. Dia berbuat demikian untuk menguji mereka.+

  • 2 Raja-Raja 2:19-21
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Beberapa lama kemudian, orang dari kota itu berkata kepada Elisa, “Sebagaimana tuan tahu, kedudukan kota ini memang baik,+ tetapi airnya tidak baik dan tanahnya tandus.”* 20 Maka Elisa berkata, “Bawakanlah sebuah mangkuk kecil yang baharu kepadaku dan letakkanlah garam di dalamnya.” Mereka pun berbuat demikian. 21 Elisa pergi ke sumber air lalu melemparkan garam ke dalamnya+ dan berkata, “Inilah firman Yehuwa: ‘Aku telah membersihkan air ini. Air ini tidak akan menyebabkan kematian atau ketandusan* lagi.’”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi